Welcome ^_^

Total Tayangan Halaman

Sabtu, 19 Januari 2013

Membuat Sticker Dengan Photho Shop Ini adalah tutorial untuk membuat stiker yang terkopek.

Membuat Sticker Dengan Photho Shop
Ini adalah tutorial untuk membuat stiker yang terkopek.
  1. Klik File > Open.

  2. Pilih imej yang latar belakangnya lutsinar. Contoh seperti imej ini.
  3. Pada Layers (di sudut bawah bahagian kanan), klik pada 'fx' dan pilih Stroke.

  4. Tetingkap Layer Style akan muncul.
  5. Pada Stroke, letakkan saiznya 6px dan klik pada Color untuk menukar warna hitam (#00000) kepada warna putih (#FFFFFF).

  6. JANGAN tekan OK dulu, klik pula pada Outer Glow.
  7. Pada Outer Glow, tukar Blend Mode kepada Normal. Kemudian, klik pada warna kuning untuk menukar kepada warna hitam (#000000). Pada Elements, tukar nilai Spread kepada 35% dan Size kepada 9px.

  8. JANGAN tekan OK dulu, klik pula pada Drop Shadow.
  9. Pada Drop Shadow, pilih Angle kepada 90 (boleh guna Global Light kalau mahu). Kemudian, tambah nilai Distance kepada 6px dan Size kepada 5px.

  10. Sekarang boleh klik OK dan lihat perubahan pada imej anda.

  11. Kalau tak jelas, anda boleh letak satu layer baru berwarna putih. Caranya, klik pada icon New Layer di bawah itu.

  12. Kemudian tekan Ctrl+Backspace. Tarik (susun) Layer 2 berwarna putih itu di bawah Layer 1 (imej).

  13. Klik pada Layer 1 (imej) dan tekan Ctrl+T dan pilih Warp untuk mengubah rupa bentuk imej.

  14. Tekan bucu paling bawah di bahagian kanan (bertanda biru) dan tolak ke atas sedikit. Kemudian, tekan Enter.

  15. Imej anda sekarang akan kelihatan sedikit senget seperti ditolak.

  16. Klik pada icon New Layer di bawah (atau klik pada menu Layer > New Layer di atas).
  17. Klik kanan pada Layer 3 dan pilih Create Clipping Mask.

  18. Tukar Layer Mode kepada Screen dan Opacity kepada 50%.

  19. Tekan huruf G (untuk dapatkan Gradient Tool) dan tukar warna Gradient kepada berikut.






    Dapatkan seperti warna di bawah.

  20. Tekan OK setelah berjaya mendapatkan warna Gradient yang dikehendaki. Kemudian lorekkan sedikit Gradient Tool pada Layer 3 (clipping mask) tadi untuk mendapatkan kesan seperti dikopek.



    Seperti di bawah.

  21. Kemudian, pada Layers... pilih Layer 1 dan klik kanan pada tanda fx. Pilih Create Layers. Tiga layers akan terbentuk.



    Seperti di bawah.

  22. Pilih Layer 1's Drop Shadow dan tekan Ctrl+T. Klik kanan dan pilih Warp. Kemudian, tarik keluar sedikit shadow yang anda mahu. Tekan Enter setelah selesai. Kurangkan Opacity dan Fill Layer 1's Drop Shadow itu kepada 50% (ikut selera anda).

Tada! Siap.

Thank You For Reading

Tidak ada komentar:

Popular Posts

Pengikut